Wednesday, December 23, 2009

Globaliasi

Globalisasi adalah proses di mana dunia semakin berfungsi sebagai satu masyarakat, berbeza dengan konsep pelbagai masyarakat yang terpisah sebelumnya.

Terma ini digunakan merujuk kepada peningkatan integrasi ekonomi antara bangsa-bangsa di dunia dan pembesaran syarikat-syarikat multinasional yang melangkaui bangsa-bangsa.

Secara khusus, globalisasi bermula dari adab ke 20 dan merupakan kesan komunikasi yang semakin pantas dan rendah kos.
Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:
• Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)
• Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)
• Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)
• Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)
Bentuk-bentuk Globaliasi
Tiga faktor menyumbang kepada penekanan aspek globalisasi dari segi pemikiran dan teori:
1. Globalisasi Kapitalisme. Peningkatan hubungan dan ikatan antara pelbagai pasaran sehingga menjadi hampir seperti satu pasar antarabangsa yang besar, khususnya dengan tumbuhnya bursa saham antarabangsa.
2. Perkembangan besar-besar da;am teknologi komunikasi dan pengangkutan, yang mengecilkan masalah jarak (dalam kadar yang besar) dan penyebaran pelbagai perkakas komunikasi antara jumlah manusia yang ramai seperti berlaku dalam internet.
3. Globaliasi pengetahuan dan meningkatnya hubungan antara kerajaan dalam menyelaras pelbagai kepentingan antara individu dan kumpulan. Ia dikenali sebagai jaringan antarabangsa. Manusia saling membantu maslahat yang dikongsi bersama antara kumpulan-kumpulan merentas bangsa. Ia mewujudkan kerjasama antara kekuatan sosial di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang yang bermanfaat seperti menjaga alam sekitar atau memerangi mafia.
Ciri-ciri
Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.
• Anjakan dari segi ekonomi
o Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia
o Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing
o Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian
o Pembangunan sistem kewangan global
o Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting
o Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperti penyumberan oleh perbadanan multinasional
• Anjakan dari segi budaya
o Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,
o Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan ke dalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.
o Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah
o Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat
o Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan)
o Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang lain.
o Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.
• pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.
• Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-undang hak cipta dan paten.
• Pembentukan nilai-nilai universal
• Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).
• Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan mereka sendiri.
Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:
• Promosi perdagangan bebas,
o Barangan:
 Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai
 Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan pengkontenaan untuk perjalanan laut.
o Modal: pengurangan atau penghapusan kawalan modal
o Pengurangan, penghapusan, atau pengharmonian subsidi untuk perniagaan-perniagaan tempatan
• Lindungan harta hak cipta
o Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan lebih ketat
o Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat
Globalisasi dan Lokalisasi, Amerikanisasi, Westernisasi (Pembaratan).

Globalisasi harga, tetapi lokalisasi pendapatan
Globalisasi budaya dan hiburan tetapi berasaskan acuan Amerika atau dalam skop Barat (Amerika dan Eropah). Ia menenggelamkan budaya tempatan sama ada Timur mahupun dunia Afrika.

Islam dan Globalisasi

Islam sudah disebarkan dengan konsep alamiyyah/universal yang berbeza dengan globalisasi. Konsep globalisasi dengan kerangkanya lebih merupakan dominasi kerana ia masih tetap berpusat pada peradaban Barat yang menghilangkan asas kebahagiaan manusia dan membuka laluan monopoli kapitalisme dan blok kapitalis padanya.

Globalisasi lebih bersifat dominasi/ pemaksaan sistem ekonomi global/ persaingan yang tidak adil/ memonopoli kekayaan untuk kumpulan yang kuat ekonomi/ menghilangkan identiti bangsa/ mengabaikan golongan lemah/ mengabai aspek moral.
Konsep alamiyyah menyatukan semua bangsa atas asas keadilan/ meratakan agihan kekayaan pada semua bangsa/ tidak menghapuskan identiti bangsa/ hanya mengubah budaya yang menyalahi syariat tetapi tidak menghapuskan ciri bangsa/ tiada paksaan memeluk Islam/ mengawal unsur merosakkan moral manusia.

No comments: